TIPS KAMERA DSLR PERTAMA ANDA | PART 2 |

Assalamualaikum
Pada post yang sudah saya sudah berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai pengalaman saya membeli kamera-kamera saya yang terdahulu. Kali ini saya akan kongsikan kepada pembaca apa yang perlu kita tahu sebelum membeli kamera DSLR pertama kita.
Tips ini saya tulis dengan mengandaikan pembaca sudah tahu basic ilmu fotografi dan cara-cara ambil gambar yang betul. Di masa akan datang saya akan berkongsi mengenai tips beli kamera pertama. InsyaAllah.
1. BACA REVIEW DAHULU
kalau kita hendak beli kamera DSLR, kita sudah mesti tahu jenama apa kita nak. Lagi bagus kalau kita tahu model apa yang kita minat. Kalau kita minat Nikon kita mesti tahu apa yang Nikon boleh buat, kalau kita minat Canon pun sama juga.
Bila dah tahu model apa yang kita nak, rajin-rajinlah berdamping dengan Pakcik Google untuk lihat dan baca REVIEW kamera yang kita minat. Kita mesti tahu apa kelebihan dan kekurangan kamera yang kita hendak beli. Tidak digalakkan membeli kamera tanpa membaca review terlebih dahulu, ditakuti akan membawa kerugian pada diri sendiri. Website-website yang membuat review mengenai kamera adalah seperti DigitalRev.com, KenRockwell.com dan dpreview.com
2. UKUR KETEBALAN DOMPET ANDA
Bila sudah minat dengan sesebuah jenama kamera DSLR, kena tahu juga berapa ketebalan dompet kita. Dapatkan kamera yang sesuai dengan tahap kemahiran kita dan juga tahap ketebalan dompet kita. Untuk entry level kamera, harga di pasaran adalah RM1500-RM2500. Kalau tidak mampu untuk membeli yang baru, carilah yang 2nd hand. Dan pastikan juga barangan 2nd hand itu berkualiti dan masih berfungsi.
3. SURVEY BEBERAPA KEDAI
Untuk mendapatkan kepuasan dan harga yang best, survey beberapa kedai untuk membandingkan harga dan kedai mana yang memberikan free gift yang banyak. Ini digalakkan kerana akan memberi penjimatan yang banyak pada kita. Sesetengah kedai akan memberi diskaun dan free gift yang berpatutan untuk menarik pelanggan.
3. TEST KAMERA YANG HENDAK DIBELI
Yang ini memanglah wajib kena buat sebab kita nak membeli kan. Cuba ambil gambar dengan kamera ayang kita minat itu dan rajinkan multu bertanya tentang features-featurs baru yang ada pada kamera tersebut yang kita tidak biasa.
5. BANDINGKAN FREE GIFT YANG DIBERI
Ini juga satu benda wajib diberi perhatian kerana free gift melariskan jualan owner kedai tersebut. Lagi banyak free gift, lagi bagus. bila banyak free gift, sudah tentu kita akan promosi kedai tersebut kepada rakan-rakan lain kan?? Jangan lupa juga lihat apa free gift yang diberi. Selalunya yang akan diberi adalah beg kamera, tripod murah dan memori kad. Tiga benda ini pun sudah cukup bagi kita untuk memulakan pembelajaran kita dalam bidang fotografi.
Demikianlah tadi lima tips mudah yang perlu anda ketahui semsa hendak membeli kamera DSLR pertama anda. Bila dah beli jangan lupa snap, snap dan snap. Belajar secara trial and error, pergi kelas bacis fotografi dan jangan lupa BACA buku manual kamera yang dibeli untuk memberi kefahaman yang lebih lagi tentang kamera kita. Sehingga di lain post.
Assalamualaikum
NAMA UNTUK BLOG
 | PHOTOS, MOMENTS, EMOTIONS |

TIPS KAMERA DSLR PERTAMA ANDA | PART 1 |

Assalamualaikum
Untuk kali ini saya akan berkongsi tips membeli kamera DSLR. Seringkali saya diajukan soalan yang berbunyi begini :
“KAMERA MANA YANG PALING BAGUS YE? NIKON KE CANON KE SONY KE PENTAX KE HASSELBLAD KE BLA BLA BLA……?”
Berbuih juga mulut nie dan kebas juga tangan ni nak menjawab pertanyaa yang sama setiap kali. Saya akan berkongsi pengalaman saya membeli kamera DSLR pertama saya.
Saya mula minat bidang fotografi ini sejak di zaman menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dahulu. Dulu dipanggil Maktab Perguruan. Dalam beberapa acara rasmi maktab atau IPG ini saya selalu diminta oleh pensyarah atau rakan-rakan sekampus untuk ambil gambar. Mula-mula guna kamera kompak pinjam saja. Bila dah lama sikit mula kumpul duit elaun yang dapat untuk beli kamera kompak sendiri. Kamera pertama yang saya beli adalah jenama Canon PowerShot A460.
Selepas membeli kamera pertama saya ini,makin rancaklah saya mengambil gambar. segala majlis dan acara rasmi dan bukan rasmi maktab saya ambil, juga gambar-gambar kawan-kawan sekelas dan sekampus, sampailah pada satu masa selepas dua tahun menggunakan kamera ini, ianya sampai ke akhir hayatnya. Kamera ini rosak setelah beribu gambar saya ambil. Skrinnya jadi berbelang tetapi sensor masih lagi berfungsi. Sekarang ini saya tidak tahu ke mana kamera ini pergi setelah banyak kali berpindah rumah.
Selepas kamera kompak PowerShot ini barulah saya membeli sebuah lagi kamera, iaitu sebuah kamera DSLR berjenama NIKON D70
Dan bermula pembelajaran saya dalam dunia fotografi secara serius. Saya membeli kamera ini dari seorang lelaki Chinese yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang. Waktu itu saya sedang berpraktikum di SK Beseri, Perlis. Selepas habis waktu sekolah, terus pecut dengan motorsikal ke Pulau Pinang seorang diri. Punyalah rasa teruja nak dapatkan kamera ini sampai pergi ke sana seorang diri.
Waktu itu harga kamera ini masih mahal walaupun secondhand. Saya telah membeli kamera ini dengan harga RM1400 tanpa memori kad. Balik ke Perlis beli memori kad terus dan terus uji lari (test run) kamera ini.
Dipendekkan cerita masa itu memang ilmu fotografi belum belajar banyak sangat, jadi bergurulah dengan INTERNET, setelah permintaan untuk diajarkan ditolak oleh seorang kawan.
Masa itu belum tahu apa yang sepatutnya ada semasa membeli kamera ini, so banyaklah benda yang tidak ada kena beli sendiri. Dan Alhamdulilllah kamera ini masih berfungsi selama 5 tahun semasa ia berada di tangan saya.
Selepas itu, pada tahun 2011, saya menjual kamera ini kepada seorang junior dari maktab yang sama kerana saya telah menggunakan sebuah kamera baru berjenama Canon 5D Mark II.
Semasa mula-mula hendak membeli kamera ini, beberapa jenama telah saya cuba dan review iaitu Nikon D300S, Nikon D7000, Canon 5D Mark II, dan Nikon D90. Akhirnya setelah membuat pertimbangan saya telah memilih Canon 5D Mark II, kerana ada beberapa fitur (features) yang telah membuatkan saya berminat dengan kamera ini.
Semasa membeli pula saya telah membeli kamera ini secara online di Shashinki.com. Laman web ini adalah kedai online yang paling dipercayai dan saya telah beberapa kali membeli barang-barang aksesori kamera di laman ini.Peringatan untuk mereka yang hendak membeli barang secara online pastikan anda tahu laman yang dilayari itu sah dan tidak ada sebarang kes scammers meilbatkan laman tersebut. Kalau tak anda sendiri yang akan merana.
| BERSAMBUNG DI BAHAGIAN KEDUA |

PEOPLE - SEPHIA VERSION

Dishoot semasa saya sedang bersiar-siar mengambil gambar di Melaka😀

600793_403043053067959_788460413_n

Kami ada promosi untuk ada, untuk mengurangkan perbelanjaan anda dan memberikan anda album yang berkualiti, Sila PM kami di Facebook atau email kami di schumizyphotography@gmail.com atau hubungi kami

Ahmad Suhaimi – 019-5271952
Izyan Hamizah – 019-9596431

TEMPAH SEKARANG!!!

SUNSET + CLOUDS

Disnap juga di kawasan belakang rumah sewa kami.🙂 Warna oren merah yang terpancar pada awan itu sangat menarik hati😀

Gambar ini diambil di kawasan belakang rumah sewa kami sewaktu matahari terbenam. Tertarik dengan tekstur awan yang berkepul-kepul sambil dilimpahi cahaya matahari terbenam menyerlahkan keadaan awan yang hampir-hampir “mahu runtuh”🙂